Lembaran Segala Nukilan SAYA--

Tuesday 31 December 2013

Last Day for 2013

Comel tak? Imam Cilik...

New profile for 2014 

Last Day for Masihi Kalender 2013. Kami sibuk dengan preparation for my 2 sons untuk menghafaz Al-Quran. Memang dah niat dihati nak anak ini mempelajari ilmu Akhirat. Tetapi hati ibu ini agak bimbang, walaupun tahu Allah Maha perlindung, tetapi aku tetap rasa bimbang. Bimbang anak ini tak boleh nak hadapi rindu jauh dari Ayah & Ummi diorang. 
Harinie hari untuk menghantar IzzNasr ke Sekolah Tahfiz. Nasr hatiku agak berat utk lepaskan sebab dia baru 7 tahun. Tapi aku cubalah Try & Error.
Harinie juga Izz dapat cermin mata dia, kerana baru je lepas checkup rabun kiri & kanan 50. Selepas dapat cermin mata dia lebih confident.  

Sunday 29 December 2013

Jalan-jalan with AunIzzNasr

Meriah kan... kami AunIzzNasr

Ayah & Ummi

Tahun nie, kami & AunIzzNasr takde planning nak vacation mana-mana, so sempena cuti-cuti nie aku bawa la AunIzzNasr jalan-jalan makan Johor je. Selepas kami shopping baju sekolah kat Jakel. Singgah Kenny Roger take lunch...

Monday 23 December 2013

Dating time....

Sotong...

Lemonade

Kimchi Noodle

Nasi Campur... Hahaha

Sebelum Nikah kami rasa-rasanyer kurang drp 5 kali kami keluar dating. Sekarang hari-hari kami dating bersama tanpa anak-anak, sebab... pergi & balik kerja berdua. Sebelum sampai rumah mesti dating dulu... Harinie dating kat Hong Kong Street... Alhamdulillah...

Monday 16 December 2013

Jemput Ayah di Airport

Baby Ayah Ngantuk

Harinie Ayah balik drp Penang. Flight ayah departure pkl 10:30pm. Setelah sampai Senai Airport pkl 10:45pm rupa2nyer Flight ayah dia delay 1/2jam. Jenuh lah menunggu sampai hampir 11:45pm. Nak ajak AunIzzNasr makan dulu, dah janji ngan ayah diorng nak makan sama. So, si baby ayah nie terpaksalah nunggu. 
Lastly sampai kedai makan tido kat meja... Bangun tido melalak nak roti canai, padahal masa ditanya di tengah mamai dia ckp nak mee goreng, bila mee goreng sampai melalak tak nak, bila ditanya tak jawab.. serah roti canai baru diam... aduyai baby ayah nie...

Sunday 15 December 2013

Ziarah Cik Jai @ Atok Jai

Budak-budak bwh 12 tahun

Macam Ragam la nunggu Mak Tuk


Harini selepas hantar Abe ke Senai airport kami ambil kesempatan pergi ziarah Cik Jai yg dah hampir berbulan menerima rawatan di HSA. Sekarang Cik Jai dah tak boleh terima dialisi lagi utk rawatan buah pinggangnya. Baru je menjalani pembedahan untuk guna air utk memudahkan proses dlm badan. Oleh kerana sakit diabetes yg lama kemudian datang pula dugaan baru buah pinggang rosak. Kalau dalam ingatan aku, tahap ini memang kira tahap yg agak serius buah pinggang gagal berfungsi dengan baik. 
Aku pergi dengan Mak & AunIzzNasr. Sementara aku & mak ziarah Cik Jai diatas. AunIzzNasr bertiga kat bawah aku tinggalkan suh duk kat playground. Dengan pesanan yg pelbagai...
Aku kat atas cuma 10 minit jer. Aku biarkan mak berbual lebih lama. Aku perlu jengah buah hati aku yg bertiga tu kat bawah, bimbang perkara yg tidak diingin berlaku. 
Alhamdulillah, mereka masih di playground, aku ajak berteduh dibawah bangunan sebab melihat cuaca bagai nak hujan. Tak sampai 5 minit hujan lebat membasahi bumi. 
Kira-kira hampir 1 jam gak kami anak beranak menunggu mak berbual dengan Cik Jai. 
Sebelum balik singgah surau kami jamak Zohor & Asar. Kemudian kami balik.

Friday 27 September 2013

From Abe with LOVE....



Dear Wife ….


I love you more than what you thought.

I miss you more than what you feel.

I think of you more than what you dream.  

I want you more than what you need

But I have my priority

1st love Allah  

2nd Our Prophet Muhammad,

3rd my Mother3x

4th Dad

Thanks GOD my heart have a space for you and the Children’s

I will use the space that given to fulfill my life for you.

Trying my very best do the best I can for you and them

No matter what and how the obstacle I go thru for you.


L

O

V

E



Y
O
U



F
O
R
E
V
E
R

From my hubby, today... Romantika De'Amore....

 


Sejarah Yang Pertama ... dalam Islam

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
------------------------------

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : 

     Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : 

    Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : 

    Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat:       Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat:

     Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : 

     Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : 

     Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : 

     Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : 

     Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : 

     Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : 

     Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : 

     Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : 

     Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : 

     Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : 

     Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: 

     Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : 

     Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: 

     Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : 

     Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : 

     Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :  

     Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : 

     Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: 

     Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : 

     Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :  

     Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : 

     Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : 

     Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : 

     Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : 

     Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : 

     Nabi Muhammad SAW.


Wednesday 14 August 2013

Ahli Baru keluarga kami 2nd Baby 2013




Alhamdulillah... seorang lagi pejuang kami hadir dikurniakan oleh Allah... Anak kepada Mohd Faizal & Tini, baby boy ini merupakan anak ke-4 buat mereka sekeluarga. Anak-anak yang dikurniakan oleh Allah, Muhammad Naqib, Ainur Najwa & Aina Nasuha. Sekarang hadir lagi seorang putera, dapat la Uda kita 2 pasang putera & puteri. 

Allah Maha Besar...



Thursday 8 August 2013

1st Hari Raya Aidilfitri 1434H-2013

Selamat Hari Raya...

Ayah, Ummi, AunIzzNasr di Rumah Ku-Lai

Tahun nie color Biru('tekoi'), ... Ayah & IzzNasr Kurta design, Ummi mcm tahun2 lepas Jubah (seluar), Auni (up to date sikit) Per'pelam'. Macam biasa tiap2 tahun masak2 kat umah Sayong pastu pagi lepas solat Raya & bermaaf2an kami pun bergerak ke Umah Nyai.

Lepas Zohor kami bergerak balik semula ke Sayong, bukan jauh sangat pun, lepas tu ajak Mak Tok gie umah Nyang kat Ramun...





Monday 5 August 2013

Ahli Baru Keluarga Kami 1st Baby 2013





Lahir lagi seorang umat Nabi Muhammad SAW pada hari ini, merupakan seorang bayi lelaki Anak kepada Adik aku Mohd Fetry Bin Daud bersama isteri Norzalina Binti Tumin. Lahir pada pukul 1532hrs di hospital Kluang (baru). Alhamdulillah... bertambah lagi ahli keluarga kami... Semoga menjadi pejuang Agama satu hari nanti.. Insya Allah...

Wednesday 17 July 2013

Hikmah untuk menghapuskan DOSA

Di Observation Ward

Dah Masuk Ward ... daaa....

Oleh kerana satu malam tidak dapat tidur disebabkan breathless, pagi aku berangkat ke hospital yang sepatutnyer aku pergi pada hari Isnin tetapi ditangguh ke hari Jumaat. Alkisah yang sungguh mendebarkan emosi aku sendiri, kerana ini adalah 1st time aku warding kerana diri aku sendiri yang sudah sedia ada sakit. Sebelum nie aku warding adalah kerana ada satu nyawa kecil pemberian Allah untuk aku jaga hingga Nyawa itu selamat dilahirkan kedunia. Alhamdulillah aku dapat rasakan HIKMAH yang Allah beri 3 kali. Aku sungguh terAMAT bersyukur atas kurniaan Allah pada aku. 

Hari ini aku dengan langkah terpaksa gagah duduk di wheelchair yang ditolak oleh Abe (kecintaan hamba) di Emergency & Accident, National University Hospital, Singapore. Kerek la konon  terpaksa beb, doktor di clinik panel dah bagi surat cinta suh gie A&E Hospital, pada 15 July lagi. Tapi konon boleh la gie keje siapkan keje dulu baru la terkedek2 gie spital Jumaat nanti.

Haaaa... ambik ko... Selasa malam Rabu, duk kena demam kura2 shaking oll the nightmare... on the morning glory time terus berlenggang kangkung ke spital.. 

Waaaa... kena tahan ward... duk observation ward drp 1000hrs sampai la ke 1845hrs. Ward penuh takde tempat, ingatkan macam kat Johor, leh la balik. Jangan harap la... tunggu sampai Ward leh duduk kalau dak.. duk la ko kat observation ward tu sampai esok.. ada ke kes camtu?? dak la aku tahu... tp oleh kerana ward B takde yang kosong dapat la aku duk kat ward B1 yang menempatkan 2 orang sahaja dalam satu bilik... Kelass gitu ko... 

Friday 7 June 2013

Kembali ke Rahmatullah

Hari ini dapat berita 'Man Kedah' jiran berdekatan dengan rumah Sayong telah kembali ke rahmatullah... Allah lebih menyayangi dia... Semoga Arwah ditempatkan dikalangan kekasih Allah...

Arwah duduk sama tapak rumah dengan Wak Khalil (Mentua). Dirikan rumah sebelah rumah mentua, ada 2 orang anak Liza & Fahmi, Isteri arwah Senah anak kepada Wak Khalil jiran selang sebuah rumah drp rumah kami sekeluarga. Allah lebih menyayangi dia, tanpa sakit yang serius dia pergi meninggal kita. 

Giliran kita entah bila... Muhasabah diri sendiri...


Mungkinkah perjalanan hidup aku masih jauh atau semakin sudah sampai ke penghujung... Hanya Allah Maha Mengetahui... bukan kita sebagai HambaNya...


Thursday 6 June 2013

Khamis yang indah

Setiap pagi Abe akan hantar aku ke sini... Aku akan menaiki MRT terus ke Interchange. Kemudian turun MRT bertukar pulak naik bas baru la sampai ke bangunan menuju ke opis... Rutin harian hari bekerja bagi mereka yang seperti aku mencari rezeki di negara orang.


Kembali ke Rahmatullah

Harinie bekerja seperti biasa, mcam kuda kepang naik 'seh'. Dah petang hampir maghrib Kak Asiah dapat call mengatakan bapa En Rafi telah nazak. Apabila on the way nak balik singgah kedai makan. Innalillah... Bapa En Rafi telah kembalik di jemput Ilahi pada petang Jumaat. Allah lebih menyayangi beliau ... Semoga Arwah ditempatkan di kalangan kekasih Allah...

Mungkinkah perjalanan hidup aku masih jauh atau semakin sudah sampai ke penghujung... Hanya Allah Maha Mengetahui... bukan kita sebagai HambaNya...



 


Tuesday 4 June 2013

Perjalanan Harian

Hari2 kami suami isteri akan melalui cross border ini 2 times. Demi mencari rezeki untuk membayar segala hutang piutang setiap bulan. Kami bukan dikalangan orang senang, Alhamdulillah kami bersyukur pada Allah atas pemberian rezeki dariNya.



Wednesday 15 May 2013

Abah Ali kembali ke Rahmatullah...

Abah Ali berbaju BIRU bertopi PUTIH

Pagi tadi uteh chat di FB menyatakan Abah Ali tenat, Mak Mok minta tolong kami sekeluarga beri bantuan kewangan untuk dia daftar buat passport untuk balik ke kampung Abah Ali di Tanjung Balai. Dua Minggu yang lepas Abah Ali telah balik ke kampung halaman untuk menerima rawatan disana. Oleh sebab penyakit stroke yang di hidapi, dia hanya boleh tidur 1/2jam sahaja dalam satu masa. 
Oleh kerana tidak tahan dengan keadaan itu, mereka sekeluarga berbincang dan mendapat kata sepakat untuk hantar Abah Ali balik ke kampung halaman untuk tujuan perubatan. Tetapi Allah lebih menyayangi dia pergi harinie pukul 8 pagi masa di Tanjung Balai
Al-Fatihah buat bapa saudaraku, Allah lebih menyayangimu kami redha atas pemergianmu semoga dikau ditempat dikalangan kekasih Allah... Insya Allah...
 


Friday 10 May 2013

Anak Saudara 2nd 2013



Nur Laila Amani - Anak Sulong Siti Hawa Ahmad

Pada 09 May, 2013 Lahirlah lagi seorang umat Nabi Muhammad SAW, dalam keluarga besar kami. Ini Anak sulong bagi sepupu aku Siti Hawa anak kepada Pak Long Abang sebelah Mak.

Sepupu aku Siti Hawa & suami
Alhamdulillah... Hawa dah menjadi seorang ibu, tahniah dari kami sekeluarga. Semoga sihat & bahagia menerima kehadiran cahayamata yang ditunggu... Allah Maha Besar.


Wednesday 17 April 2013

Budak Tumok... Tomey....

Budak yang bila tersenyum mata akan sepet... Nama dia glamour Nur Qaseh Qaisara Binti Mohd Fetry... Glamour la sesangat.. . Aduhai anak sedara aku montel & tumok...



Konon malu2 nak senyum...


Tersengih hingga nampak giginyer



Sudah picip matanya....

Pagi sebelum pergi ke tempat keje, sibuk la dia nak tersenyum dan tersengih depan Mak Ngah... mengada2... takpe.. budak kecil memang comel.. walau bagaimana mengada2 pun dia... Mak Ngah Sayang Qaseh...


Pemimpin yang aku BANGGA.....


Cerita Tok Guru kami yang merendah diri, sentiasa hidup dalam kesederhanaan, bila melihat hanya dalam gambar, terasa dia seperti atuk aku sendiri. Tetapi siapalah aku, cuma insan biasa yang masih terikut arus dunia. Lebih Dunia drp Akhirat. Allahu Akbar....
Biar bermacam hinaan dan kejian dilemparkan terhadap beliau dia sentiasa memaafkan orang... luhur sungguh hatimu.
 



BILA TUAN GURU NIK AZIZ BERCERITA PASAL WANITA
 
Di belakang setiap lelaki tersohor, berdiri seorang insan bergelar wanita dan isteri yang menjadi tunggak kekuatan diri dan keluarga.


Bagi Datuk Nik Aziz Nik Mat, kebahagiaan itu dapat dirasakan setiap kali tidur di riba isterinya apabila letih atau kurang sihat.'Kalau saya selesema, saya kadang-kadang akan tidur atas riba isteri. Itu hiburan bagi saya.


Menangis atas riba isteri, melahirkan rasa penat saya. Alhamdulillah, saya dapat isteri yang tidak banyak mulut,' kata Datuk Nik Aziz mengenai isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak apabila ditanya apa rahsia kebahagiaan rumah tangga mereka.


Datuk Nik Aziz dan isterinya, yang mempunyai lima anak lelaki dan lima perempuan serta 56 cucu. Mereka melangsungkan perkahwinan pada 1962.

Sebagai Menteri Besar Kelantan dan Musyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), tentunya beliau mempunyai jadual yang padat.


'Saya turun rumah tiap-tiap hari pada 7.45 pagi. Kalau tubuh saya kurang sihat, saya minta tempoh lagi setengah jam daripada pemandu saya. Misalnya, pagi ini, saya turun pada 8.30 pagi,' kata Datuk Nik Aziz mengenai jadual sehariannya. Menurut beliau, isterinya tidak pernah merungut walaupun kadangkala pulang ke rumah selewat 2 pagi.


Datuk Nik Aziz pernah mengalami serangan jantung pada akhir 2004 dan sekali gus mencetuskan kebimbangan berkaitan penakatan PAS jika beliau meninggal dunia.

Sejak itu, beliau dilaporkan masuk hospital beberapa kali ekoran masalah tekanan darah tinggi dan keletihan.Namun, semasa pertemuan wartawan dengan Datuk Nik Aziz, beliau kelihatan masih cergas.


Ditanya amalannya untuk kekal sihat walaupun usianya telah menjangkau 81 tahun, Datuk Nik Aziz berkata beliau akan menjalani ujian kesihatan setiap tiga atau empat bulan.

'Ada masa, saya pergi hospital. Cuti rehat dan duduk rumah itu memang saya tidak ada. Bagi saya, cuti tiada dalam Islam. Misalnya, cuti sembahyang atau cuti puasa, mana ada dalam Islam? Kita bernafas hari-hari. Elaun saya pun jalan hari-hari. Jadi, tiada cuti bagi saya,' kata beliau.


'Saya juga ikut amalan Nabi Muhammad saw iaitu selagi tidak lapar, jangan makan. Apabila makan, jangan sampai kenyang. Nabi kita makan, daging, buah tamar, susu dan sayur-sayuran. Itu sangat digemari oleh Rasullah.

'Tetapi doktor tidak kasi saya makan daging, saya tak makan. Kalau ada lauk daging, saya curi-curi makan kuahnya adalah. Kalau doktor tahu, beliau tentu marah. Puasa sunat pula, saya mengaku saya kurang amalkan. Masalahnya, saya mudah letih. Manja je, kalau puasa Ramadan 30 hari, saya tidak ada masalah pula,' jelasnya sambil ketawa kecil.


Datuk Nik Aziz bagaimanapun akur beliau kadang-kala akan rasa letih secara mengejut.

'Puncanya kerana saya gunakan air sejuk ambil wuduk. Memang saya tidak boleh gunakan air sejuk. Kalau saya hendak mandi pun, air mandi itu akan dicampur dengan air panas.

'Kalau saya ke masjid di luar Kelantan, kalau jalan jauh, takkan saya hendak minta air panas untuk ambik air sembahyang. Saya gunakan juga air paip. Itu masalahnya. Nanti saya selesema,' katanya terus terang.


INDAHNYA BALAGHAH..


Mutiara Kata


"...... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan...."