Lembaran Segala Nukilan SAYA--

Thursday 28 February 2013

Ujian menguji keimanan HambaNya ....

Khamis yang indah permai, seperti biasa kami bergerak ke tempat kerja. Motor yang baru dibeli tak sampai 3 bulan meragam lagi. Semalam sebelum sampai rumah Kulai, ekzos terima je berbunyi dengan kuat seperti nak tertanggal. Alhamdulillah... Kami selamat juga sampai ke rumah Kulai. 

Pagi nie bunyi taklah sehebat semalam. Dengan harapan dapat sampai ke tempat kerja. Kemudian boleh la dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Aku dah sedikit lega bila berjaya sampai Shell Tanjung Kupang. Selepas selesai mengisi petrol Abe pun start motor aku dapat lihat asap hitam keluar daripada bawah motor. Aku cakap kat Abe, tapi macam dia tak dengar. Bila makin dia pulas minyak makin banyak asap keluar. Kemudian aku rasa kaki panas & aku nampak mat bangla sibuk simbah air. Maka api pun makin  besar.  Abe bergegas tolak motor jauh dari pam minyak. Mat Bangladesh makin kejar dengan air maka api pun makin besar. Aku cuba melompat terjun dari Motor. Hampir aku berjaya turun ada 3 orang yang aku tak kenal Menyemburkan pemadam api maka kuning la kami suami isteri dengan tepung yang disembur. 

Alhamdulillah... Tiada kecederaan yang kami alami cuma motor itu dah tak boleh di gunakan lagi.  Jika nak di baiki belanja besar. Disebalik Ujian Allah masih beri kami hikmah yang lain iaitu, kami masih punya wang untuk deposit motor yang lain. Allah juga masih membantu hamba yang hina ini dengan mempermudahkan proses pembelian motor baru. 

Maha Suci Allah yang sentiasa membantu HambaNya yang didalam kesulitan. 

Insya Allah...

Keadaan Motor Selepas kebakaran kecil
Gambar Besar Sikit ... Kuning dengan Tepung hehehe....

Family Dinner

Sepanjang minggu nie Ummi & Ayah hari-hari balik lewat, sampai rumah AunIzzNasr dah masuk beradu. Cuma dapat melihat wajah suci kalian setiap malam yang enak dengan mimpi indah. Harinie Ummi & Ayah dapat balik awal, kami call Wak Awang minta ambil AunIzzNasr di rumah tunggu kami di rumah Nyai. Kami sampai rumah Nyai pun dah hampir Maghrib, selesai kita semua solat maka we are family pun serbu kedai kawan Ummi nie. Jom AunIzzNasr kita makan celup-celup & panggang2... hehehe...
My BFF - Auni


My Hero - Izz

My Baby - Nasr

Bukan main lagi excited nak panggang....

Anak-anak bertuah nie, bukan main lagi semangat ambil semua makanan. Tapi semua tak dimakan, diorang nie semua hentam mee maggie yang dicelup ngan kuah tomyam jer. Jenuh la Ummi & Ayah perabihkan daging2 yang dipanggang... Aduyai... AunIzzNasr...


My Lover - Abe

Celup & Panggang
Yang penting Ummi & Ayah dapat lihat wajah happy kalian. Itu dah cukup bagi kami berdua hilang lelah bekerja seharian dan penat diperjalanan...


Tuesday 26 February 2013

Dinner with Abe

Diblog baru aku ini, aku lebih selesa untuk berilham. Aku juga selalu jengah blogger2 lain untuk lebih menyerikan blog ini. Blog sebelum ini agak suram, maklumla tuan tanah tak berapa pandai sangat meng'ejas' blog. Tetapi aku masih rasa byk kekurangan akan blog ini. Insya Allah, aku akan terus mengupgradekan apa yang aku nak upgrade. Bahasa pun tunggang langgang.

Harinie payday Abe, dia ajak gie 'BALI THAI Restaurant' kami pun order nie je... itupun tak dapat diperabihkan sebab masing2 tak mampu nak isi kan lagi perut masing2.

Ini Tuan Tanah order

Ini Abe

Ayam nie dpt la sorang 2 ketul merasa

Tomyam yg masih panazzzz...

Kami adalah pasangan yang berpendapatan sederhana, jadi mmg la makan apa yang termampu. Kadang2 nak merasa gak makan di Restaurant yang standard mandard. Ini je yang kami dapat pegi. Itupun Abe masuk guna selipar jepun je. Waiteress tu pun malas nak layan sangat. Sebelah table kami ada gak pasangan mat saleh bukan main lagi diorng layan siap sendukkan lagi tomyan. Serve sekali, kami punya dia letak gitu je. Hampeh... bayar sama apa? Itu la lumrah dunia kan? Nak wat camner?


Saturday 23 February 2013

Birthday Kakak Auni ke 8th


Ummi & Akak Auni

Selamat Hari Kelahiran 'Bestfriend Ummi' coz both of us are friendz forever & ever. Ummi & daugther sama gebus. Insya Allah kita berdua akan berkawan sampai bila2. Akak kawan Ummi ... Ummi kawan Akak.... hehehe... 

Birthday Akak tahun nie, Ummi kurang sihat. Ummi kena Astma itu yang doktor cakap. Bila makan ubat (sebab tak tahan sangat) Ummi seharian di atas katil. Ayah & AunIzzNasr memang faham sangatla kalau Ummi telan Ubat Antibiotik, Batuk & Selsema akan tumbang la Ummi kalian seperti orang mabuk todi... Allah... Allah... Allah...

Kesudahannyer on this date tiada apa yang dibuat. Ummi hanya terbaring lemah diatas katil beradu. AunIzzNasr, Ayah bawa ke Umah Nya'i. Balik semula hanya Izz sahaja yang ikut Akak Auni & Adik Nasr tinggal umah Nya'i.

Kita postpone la celebration next week ok? Dan next week pun payday Ummi & Ayah. Boleh la kita meriahkan suasana kita sekeluarga. Ummi & Ayah bangga sebab Auni tak kisah walaupun Auni tahu harinie birthday Auni. Tak sikit pun merengek atau merungut minta itu & ini. Alhamdulillah semoga AunIzzNasr kekal sikap begini hingga Akhir Hayat kalian...

Insya Allah...

Friday 22 February 2013

Pagi Jumaat Indah


Pagi Jumaat yang indah ini, Ayah & Ummi kami berdua meredah dugaan kecil selama hampir 2 jam. Selama ini kami hanya perlu redah ratusan motor setiap hari hanya mengambil masa paling lama 1/2jam. Tetapi di pagi Jumaat harinie, kami meredah jammed selama 2 jam dengan bercampur jaluran kereta, lori & bas. Pagi yang dingin menjadi panas dengan asap kenderaan. Tetapi kami tak boleh berpatah balik, apatah lagi untuk tidak menghadirkan diri di tempat kerja masing. Bukan wang semata2 yang kami tagihkan tetapi tuntutan tugas yang banyak terpaksa kami langsaikan. 

Tinggalkan AunIzzNasr drp pukul 0600 santak ke pukul 2200, sampai rumah kalian sudah beradu dengan lena. Hanya boleh dibilang dengan jari berapa hari kami dapat pulang awal bermain dengan AunIzzNasr pun cuma 1-2 jam sahaja. Ummi dapat la bermain dengan kalian pada Sabtu & Ahad. Ayah pula jika tiada tuntutan kerja dia masih boleh bermain dengan kalian Sabtu & Ahad. Tetapi jika kerja banyak Ayah akan cuti hanya Ahad sahaja.




Semoga AunIzzNasr, sentiasa menjadi anak2 yang tabah mengharungi liku-liku kehidupan tanpa Ayah & Ummi disamping kalian.


Insya Allah...

Birthday Izz & Auni

Bulan February adalah bulan lahir 2 orang anak aku tuan tanah. Mula dengan Birthday Muhammad Izz pada 12th February, diikuti Anniversary kami pada 19th February Kemudian Birthday Nurin Auni pada 23rd February. Tahun nie Auni dah tak sambut birthday dah, sebab dah cakap dengan anak-anak celebrate birthday sampai umur 7 tahun je. Lepas tu no more celebrate cuma makan2 seisi keluarga je. Tahun nie Auni tiada sambutan birthday. Muhammad Izz last year sambut birthday beri kengkawan goodies. Takde lagi tibies... cuma pensil, pemadam, pembaris & pengorek untuk kengkawan dia serta sepupu sepapat dia. Akak Auni pun sama tahun lepas Ummi buat perkara yang sama. Tahun nie no more ok? 

Alhamdulillah... Allah kurniakan aku anak2 yang memahami, diorg angguk tanda faham dan setuju. Tiada rungutan drp mulut mereka. Auni juga dah mula matang. Kami sebagai Ummi & Ayah tidak mahu anak2 terus terusan ikut budaya barat. Kami lebih suka anak2 ke arah Islamik. Walaupun kami masih belum sempurna sepenuhnya dalam kehidupan seharian dan pendidikan anak-anak. Tetapi kami berusaha sikit demi sedikit untuk mendidik anak-anak kami agar lebih baik drp kami.

Ayah & Ummi ingin AunIzzNasr, berdikari tidak terlalu mengharapkan sesuatu yang baik sahaja dalam kehidupan kalian. AunIzzNasr perlu rasa pahit, manis, masin & masam kehidupan. Walaupun kalian masih kecil mungkin pada tanggapan orang lain. Tetapi bagi Ayah & Ummi mengharap kalian mengikut arahan Islam. Sampai umur Auni 8thn, Izz 7thn pada 2013 Ayah & Ummi berazam supaya kalian penuhi solat 5 waktu. 

Alhamdulillah... mereka tidak keberatan bila ayah mereka mengarahkan untuk sentiasa panctual dalam mendirikan solat. Seusia Auni 6thn, Izz 5thn mereka sudah mula berpuasa penuh seharian lebih kurang 25 hari dibulan Ramadhan. Bila sampai Auni 7thn, Izz 6thn & Nasr 5thn mereka semua berpuasa penuh sebulan. Walaupun Ummi tak pernah memuji kalian secara terang-terangan tetapi jauh disudut hati Ummi sebagai Ibu, sangat berBANGGA dengan kalian. Allah kurniakan kalian sebagai Anugerah yang paling berNILAI buat Ummi.

IzzAuni - Auni - Nasr

Birthday Cake make by Mak Long

Goodies for Muhmammd Izz Friends

Wahai AunIzzNasr, kalian Ayah & Ummi dedahkan dengan ilmu dunia tetapi Ayah & Ummi Tegaskan Ilmu Akhirat. Biarla kalian rasa sekarang ini kami memaksa tetapi kami ingin benar melihat kalian tersenyum dipintu Syurga menanti Ayah & Ummi. AunIzzNasr la Harta Dunia & Akhirat Ayah & Ummi. 

Insya Allah....



Thursday 21 February 2013

Nauzubillah...



Pagi tadi aku dikejut dengan satu statement dari seorang sahabat yang agak aku hormati. Tak sangka sungguh lantang dia mengeluarkan statement di Facebook. Benar2 aku terperanjat dengan statement itu. Walaupun kami berbeza pendapat tetapi sebagai insan yang beragam Islam tak perlu rasanya sampai mengatakan Ulamak itu hingga begitu sekali. 

Ulamak adalah 'Pewaris Nabi' di dunia hampir berakhir ini kita perlu mendalami serta mengkaji dengan pelbagai info. Sekarang semua info terletak dihujung jari sahaja. Tak perlu kita ke mana2 hanya duduk dihadapan PC @ gadget yang mempunyai internet kita bebas untuk mengumpul maklumat yang kita perlukan. Jangan hanya dengan membaca 1 saluran media kita boleh meletakkan hukum pada seseorang. Kawan2 atau sahabat2 juga kita tak wajar hakimi inikan pula seorang Ulamak yang telah diiktiraf oleh kebanyakan ulamak dunia. 

Ulamak yang kalian caci maki dan hinakan itu bukan diiktiraf oleh kita manusia yang jahil. Tetapi telah diiktiraf oleh dunia. Islam adalah agama yang mudah tetapi sebagai bangsa melayu kenapalah kita suka permudahkan Agama yang agung ini. Lagipun Islam untuk SEMUA, bukan untuk satu bangsa je di dunia ini. Islam adalah satu buat semua Bangsa seluruh dunia. Bukan Melayu itu Islam, tak semua bangsa melayu beragama Islam, malah ada juga yg menganut agama lain.

Doa aku cuma satu, semoga ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan seluruh kenalan aku dibukakan hati mengetahui KEBENARAN, bukan kePALSUan. Kita terlalu lalai, sebab itulah bila dia sebarkan dengan Fitnah sahaja kita percaya. Pada hal mereka2 itulah yang banyak telah menipu kita yang sama bangsa. Semoga kita dapat melihat dengan MATA HATI bukan dengan mata sahaja. Insya Allah....

Tuesday 19 February 2013

Happy Anniversary 9th


White Flower
Tahun 2013... Harini ini genap 9 tahun usia Akad antara kita. Semoga Allah memberi Rahmat pada kami sekeluarga. Semoga Allah sentiasa pelihara kami sekeluarga dengan Hidayah & RahmatNya. Semoga jodoh kita yang dipertemukan oleh Allah ini berkekalan hingga kita dipertemukan lagi di Jannah... Insya Allah.

My Love with My Soul


Sepanjang tempoh 9 tahun perkongsian kami, harta kami ini sahaja yang akan di bawa ke Jannah. Insya Allah atas jodoh yang Allah berikan ini, kami akan berusaha mendidik Amanah Allah ini ke Jalan yg Allah redhai. Semoga Allah berikan kami Nur dihati kami untuk terus Istiqamah dalam mengejar RedhaNya. Kekalkan keimanan kami berdua semoga terus tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan dunia Akhir zaman. Jauhkan kami drp sifat2 yang membawa kami jauh drp RedhaMu ya Allah. 
Pertemuan kami dan jodoh kami Allah yg tentukan, kami bercinta dan bermesra hanya setelah Akad, hubungan suci kami di restui oleh kaum keluarga dan sanak saudara. Walaupun pelbagai ranjau dan duri dalam ikatan suci ini kami harungi dengan Redha Allah. Kami dijodohkan untuk saling melengkapi mungkin ada banyak dugaan melanda di awal usia perkahwinan kami tetapi Alhamdulillah, dengan Redha Allah juga kami bertahan sehingga sekarang.
Memang benar jodoh yang Allah berikan adalah terbaik untuk setiap hambaNya. Kita sebagai Hamba Allah perlu menerima setiap kekurangan, keburukan pasangan kita apatah lagi kebaikan dan kelebihan pasangan kita. Bagi aku pula sebagai seorang isteri sudah tentunya 'Syurga itu dibawah telapak kaki suami'. Walau apapun orang lain kata tentang suamiku. Baik atau buruk tentang dia, aku terima seadanya dia sebagai Suami. Aku percaya pada Jodoh Allah, kerana doa aku 1 temukan jodoh yang terbaik buat aku bukan terbaik buat orang lain. Alhamdulillah aku terima dia dengan Redha Ilahi. 
Hari ini genap usia Akad kami selama 9 tahun, tetap aku katakan dalam diri sendiri bahawa Mohamed Shahari Bin Mohamed Yusof adalah jodoh terbaik buat aku yang Allah kurniakan. Alhamdulillah... Kasih Sayang yang dia limpahkan untuk aku dan harta dunia akhirat kami, adalah terbaik yang aku rasakan. Biarlah tidak pada mata orang lain, tetapi cukup bagi aku. Sebab di bawah telapak kaki dia adalah Syurga bagi aku.

Monday 18 February 2013

Kembali ke Rahmatullah

Jam 3:48am telefon rumah berdering... Terasa dalam hati pasti ada berita sedih bakal kami terima... Seperti dalam jangkaan, Pami yang membuat panggilan menyampaikan berita bahawa Luqman @ Oman panggilan utk cucu jiran sebelah telah kembali ke Rahmahtullah kerana terlibat dalam kemalangan Jalan Raya di Nirwana @  Jalan kubur cina kulai-Kota Tinggi... Semoga Arwah pergi dan ditempatkan dikalangan kekasih Allah... Insya Allah...

Sunday 17 February 2013

1st Ladies Dating for 2013

Sekadar Renungan diri Sendiri Langit Ciptaan Allah...

Harinie 1st date kami 3 beradik berdating, biasalah... kalau dah 3 beradik berdating mestilah gie makan2 yang kami tak boleh nak ajak para suami kami. Sebenarnya tujuan utama adalah menghantar Uteh ke Kg Pertanian untuk mengambil BR1M berupa wang tunai RM500.00. Nak parking dekat dengan Balairaya Kg Pertanian... jgn mimpi la, drp kami berpusing2 mcm gasing, baik aku park kat Restoran cina yg baru siap bersebelahan IOI Mall. Maka berjalan kaki la Uteh & Along sebagai teman untuk meredah lautan manusia yang layak (ada gak mcm tak layak dpt) tp dpt gak duit tunai RM500.00
Setelah hampir 1 jam menunggu hingga Mia pun tertonggeng tidur, HP along berdering, aku angkat rupanyer uteh call minta tolong turun ke sana ambik dia ngan Along yg kepenatan berjalan jauh. Alhamdulillah duit pun dah dapat. So aku pun drive la ke Kampung tersebut, kemudian jumpa diorng dipertengahan jalan kami pun beredar. Uteh minta aku bawakan dia & Mia ke klinik Doktor Ariffin di Skudai sbb doktor harinie kat Skudai plak. Kalau dah sampai Skudai... faham2 jela..
Selesai check-up Mia yg demam 37.5'c kami teruskan juga misi kami. Oleh kerana sebelum ini Uteh dah mengidam nak makan 'Secret Recipe' maka kami pun dah sampai di JJ Tman U terus la masuk kat Resepi Rahsia. Kami order Tomyam, Fried Rice, Spagetty, Black Forest Cake, Mushroom Soup, Mocca, Strawbery Yogurt & 7up... hahahaha... ambik ko... hampir RM100.00 punah kat situ je... tp takpe... sekali sekala kan? Tengah sedap2 makan Mia muntah la plak... terus stop Uteh pergi bersihkan Mia, Along ngan aku gie kedai kasut. Along dpt sambar 1 kasut Scholl pastu uteh ajak balik sebab takut Mia muntah lagi. Kami pun kluar la drp JJ Tman U.
On the way nak balik, uteh minta aku singgah McD sebb dia nak pecahkan duit mengidam beli Sundae. Aku singgah drive thru pas beli ala kadar utk pecahkan duit, kami pun terus balik umah. Mission kali nie tak berapa nak menjadi sebab Mia demam la plak... Takpe... Mission akan datang kami ingat nak makan2 steamboat & bbq plak.... 
Mission Complete...

Saturday 16 February 2013

Off Day vs Time Off

View yang Indah Ciptaan Allah

Harinie... Thomas my manager give Off for my time off... alamak!!! Speaking plok daaa... bukan la terror sangat pun aku cuti... hubby keje. Oleh kerana malam tadi aku terkena batuk yang teruk hingga aku sesak nafas... situasinyer... aku sedang menonton filem diHBO channel aku batuk sangat teruk hingga yg aku tahu masa tu... aku kesukaran bernafas dan aku dpt melihat cuma sekeliling aku sunyi tanpa apa2 bunyi, tv tiada suara walaupun celah telinga, Abe yg duk baring sebelah hanya gerakan bibir aje aku nampak tetapi apa yg dikatakannyer aku tak tahu... agak lama juga aku diam tanpa reaksi, begitu la cerita hubby... Allah Maha Besar... tak lama lepas tu aku dpt bernafas secara normal. Alhamdulillah... aku rasa masa tu walaupun tak lama, tetapi nak kembali mendengar bagaikan seharian aku menunggu... Allah... Allah... Allah...
Oleh kerana telah terkena mlm tadi, aku pun mengambil keputusan untuk pergi ke klinik mendapatkan rawatan... apa penyakit la yg ada dlm badan nie. Bangun pagi yang indah, terlambat bangun gak la... sampai terbabas 'Subuh Gajah'... Dugaan buat Abe, dah la terbangun lambat, lepas bersiap untuk ke tempat kerja, motor pulak buat hal tak mau nak berbunyi... Setelah mencuba dengan bateri kereta.... Akhirnyer dapat la motor itu di operasikan... Abe pun pergi la keje... Kemudian... lihat keta plak? Tayar depan sebelah kiri lembik abis... penyek... Aduyai... mcm mana la nak gie klinik nie???... dugaan... dugaan... minta tolong Pami pamkan guna kompreser Abg Hamim. Alhamdulillah boleh la jadi seperti tayar sediakala, bimbang perjalanan ke klinik ada hal lagi... minta tolong pada Pami gie ke Taman Anggerik check kat kedai Tayar. Dah settle bab tu...
Tak lama lepas settle tayar keta, Abe call... Allahu Rabbi... Passport dia plak tertinggal kat umah... betul2 menduga harinie... jawapan bagi kejadian tadi... Abe balik semula ke rumah hanya bekerja dari rumah melalui internet dan phone call.... Aku bersiap untuk ke klinik dengan mak. Lepas pastikan Doktor Ariffin ada kat klinik mana? Kami pergi 2 beranak je... Anak2 aku tinggal sebb ada ayah diorng, lagipun diorg dah pandai bawa diri, bukan perlu jagaan seperti baby. 
Sampai Kulai check up ... kena Asthma daaaa.... aduyai... Mak plak darah ada sikit naik kemungkinan sebab penat sangat uruskan rumah yg tak siap2... Lepas tu, kami ke TJ Mart, buat cermin mata untuk mak sebab cermin mata dia dah patah mlm smlm, cermin mata yg dah berumur lebih 9 tahun... Mak belanja barang2 basah, shopping sikit barang untuk diri dia sendiri pastu kami beli ubat Pamoga. Lepas shopping ala kadar kat TJ Mart, aku ajak mak gie makan asam pedas kat Warung Along sebelah MARDI, Kulai Besar. 
Selesai makan kami tak terus balik, singgah umah Atuk plak ajak Mak Mok gie umah Ayu... kami pun berurut. Alhamdulillah... lega la sikit badan setelah diurut selamat 1 jam oleh tukang urut kami Kak Ayu. Balik hampir pkl 6 petang, Abe masih lagi duk dlm bilik buat keje opis. Anak2 kami yg sedang membesar bagai johan pun dah pandai main sendiri, cuma biasa la tagak je la telinga dengar diorng terpekik terpekau main, sekejap ok sekejap gaduh... biasa la budak2...

Thursday 14 February 2013

1st Trial...My New Blog

Sempena birthday Muhammad Izz yg ke-7, pergi makan2 di Marrybrown...12 February, 2013


Birthday Boy wif Akak Auni

Akak Auni, Adik Nasr & Abg Izz