Lembaran Segala Nukilan SAYA--

Wednesday 15 May 2013

Abah Ali kembali ke Rahmatullah...

Abah Ali berbaju BIRU bertopi PUTIH

Pagi tadi uteh chat di FB menyatakan Abah Ali tenat, Mak Mok minta tolong kami sekeluarga beri bantuan kewangan untuk dia daftar buat passport untuk balik ke kampung Abah Ali di Tanjung Balai. Dua Minggu yang lepas Abah Ali telah balik ke kampung halaman untuk menerima rawatan disana. Oleh sebab penyakit stroke yang di hidapi, dia hanya boleh tidur 1/2jam sahaja dalam satu masa. 
Oleh kerana tidak tahan dengan keadaan itu, mereka sekeluarga berbincang dan mendapat kata sepakat untuk hantar Abah Ali balik ke kampung halaman untuk tujuan perubatan. Tetapi Allah lebih menyayangi dia pergi harinie pukul 8 pagi masa di Tanjung Balai
Al-Fatihah buat bapa saudaraku, Allah lebih menyayangimu kami redha atas pemergianmu semoga dikau ditempat dikalangan kekasih Allah... Insya Allah...
 


Friday 10 May 2013

Anak Saudara 2nd 2013



Nur Laila Amani - Anak Sulong Siti Hawa Ahmad

Pada 09 May, 2013 Lahirlah lagi seorang umat Nabi Muhammad SAW, dalam keluarga besar kami. Ini Anak sulong bagi sepupu aku Siti Hawa anak kepada Pak Long Abang sebelah Mak.

Sepupu aku Siti Hawa & suami
Alhamdulillah... Hawa dah menjadi seorang ibu, tahniah dari kami sekeluarga. Semoga sihat & bahagia menerima kehadiran cahayamata yang ditunggu... Allah Maha Besar.