Lembaran Segala Nukilan SAYA--

Friday 31 January 2014

Fahmi Nikah 2014

Fahmi & Norbayah

Pengantin Wif Emak & Bapa Mentua


Hari ini Sah lah Mohd Fahmi Bin Daud menjadi suami kepada Norbayah Binti Nurung. Selepas solat Jumaat dengan sekali lafaz Fahmi sudah bergelar suami orang. Menjadikan semua adik beradik kami semua sudah berkeluarga. Alhamdulillah....

Monday 20 January 2014

Memberi Tanggapan Negatif ....

Ilmu Akhirat yg kekal

Kami menghantar anak-anak kami ke Sekolah Tahfiz untuk mempelajari ilmu Allah. 

Kami ingin anak-anak kami menghafaz Al-Quran untuk mereka menempuhi dugaan Akhir Zaman. 

Kami Ingin anak-anak kami Hafaz Al-Quran supaya Iman mereka teguh dengan Ilmu dari Allah.

Kami Ingin anak-anak kami, yg di amanahkan kepada kami meniti denai untuk ke Syurga Allah

Kami Ingin anak-anak kami, menjadi kebanggan Rasullah yang meninggakan Al-Quran sebagai penunjuk jalan ke dunia Kekal Allah.

Tetapi, mungkin ini juga dugaan buat kami, anak-anak kami diperlakukan dengan tidak sepatutnya oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Kami percaya bila seorang Ustaz yang boleh mengajar Al-Quran boleh bertindak dengan waras. 

Tetapi mungkin pengalaman yang perlu anak-anak kami tempuh untuk mendalami Ilmu Allah ini sebegini rupa. Kami redha atas ketentuan Allah. Bukan kami serik untuk hantar anak-anak kami ke Tahfiz, kami tetap akan hantar anak-anak kami ke Tahfiz tetapi kami mahu Ustaz muda itu diberi garis panduang untuk mengajar.

Islam tidak menggunakan cara kekerasan untuk mengajar Ilmu Allah... Kami ambil semua anak-anak kami keluar drp sekolah Tahfiz tersebut sehingga Ustaz Hassan balik daripada Umrah. 

Kepercayaan kami punah ranah dengan Ustaz Muda tersebut. Hingga ke harinie kaki Izz terseliuh kerana Ustaz Muda tersebut menolak daun pintu kemudian bila Izz bersuara sakit Ustaz Muda itu terus menerus tolak daun pintu menghimpit kaki Izz, kesudahannya kaki Izz luka & bengkak terseliuh... 

Ya.. Allah aku terima dugaan & pengalaman yang kau berikan kepada anak aku dengan redha. Tetapi sebagai ibu pada anak ini, aku perlu ambil tindakan supaya anak aku tidak trauma & serik untuk belajar Tahfiz pada masa akan datang.

Tidak kisah anak-anak kami lambat hafaz 1 Al-Quran, kami rela menunggu hingga masa yang sesuai untuk hantar kembali ke sekolah itu, 

Tetapi jika tiada jalan penyelesaian yg diambil oleh pihak pengurusan aku tidak teragak-agak pindahkan anak-anak aku ke sekolah lain. Duit aku boleh cari, keselamatan anak-anak aku tiada galang ganti...

Sunday 19 January 2014

1/2 Bulan berlalu...

Iqbal wif Nasi Goreng Tomyam

Izz wif Nasi Goreng Ayam

Nasr waiting for Mee Goreng

Alhamdulillah sudah 1/2 bulan Naqib, Iqbal, Izz & Nasr di sekolah Tahfiz. Missed them so much, ambil bawa kluar makan sekejap...
Sebelum, pergi keluar ke kedai makan, Abe cakap ustaz muda tu asyik cakap Nasr susah nak diajar. Aku terfikir dalam hati, kenapa sampai Ustaz tu boleh kluar kata-kata begitu. Cuba sedaya upaya thinks positif, tak mahu thinks negatif.
Semasa makan aku bertanya, pada anak-anak mereka senang bercerita, tetapi daripada cerita mereka aku makin tak sedap hati...

Naqib - Ustaz muda tu di rotan sampai berbilai badan kepala juga di rotan, sebab susah untuk menyebut bunyi dalam Iqra'

Izz - Ustaz bergurau, guna ketip kuku di telinga hingga berdarah, kejut bangun dari tidur simbah air sampai basah tilam, esok kena jemur tilamnyer. 

Nasr - Ustaz rotan sebab tak guna sebutan yg betul dalam Iqra'

Macam nie ke cara dalam Islam mengajar? Setahu aku, masa pendaftaran Ustaz Hassan terangkan penggunaan rotan hanya untuk menakutkan budak, bukan rotan di badan apatah lagi dikepala? Aku memang tak boleh terima cara Ustaz muda nie. Aku suruh Abe, ambik Izz & Nasr balik.... Naqib & Iqbal aku tinggalkan dulu sebab balik nanti baru aku suruh mak bapak diorang datang ambil.

Saturday 18 January 2014

Hantar Jemputan & Ambil Hantaran

Alisya Damia - Gyomi

Sepetang di Johor Lama


Menghantar Kad Jemputan & Mengambil semua hantaran yang telah digubah. Gubahan kami serah pada kedai jer, dah maleh nak berkreativiti lagi. 
Kota Tinggi singgah kedai gubahan hantara, ambil barang sebanyak 7 barang, kemudian bergerak ke Sungai Mas untuk hantar kad jemputan majlis doa selamat rumah kami pada 02/02/2014.
Sampai depan rumah Mak Ndak Sungai Mas kosong... kosong... kosong. Tiada tuan rumah so, kami letakkan kad jemputan dicelahan pintu. 
Singgah Johor Lama untuk makan-makan Aku, Mak, Along, Uteh & Damia....

Thursday 16 January 2014

Qoriey... Tembam...

Bear & Qarie dah same

I'm Civil Defend Boy

I'm Ustaz Cutezzz

Bila anak-anak dah mula sekolah semua... Tiada pilihan, anak buah lah jadi mangsa keadaan Pak Ngah dia menyakat.. Macam-macam karenah jer.. Abe aku nie hah.... Kepingin nak baby???

Sunday 5 January 2014

5 Hari telah berlalu... Miss Both of You

Naqib, Iqbal, Nasr & Izz

Posing ler kejap

NasrIzz

Lima Hari berlalu, akhirnyer si Ayah tidak tahan menanggung rindu. Pergi menjenguk anak-anak di Tahfiz. Alhamdulillah mereka ceria takde tanda-tanda diorang tertekan. Alhamdulillah...