Lembaran Segala Nukilan SAYA--

Wednesday 17 July 2013

Hikmah untuk menghapuskan DOSA

Di Observation Ward

Dah Masuk Ward ... daaa....

Oleh kerana satu malam tidak dapat tidur disebabkan breathless, pagi aku berangkat ke hospital yang sepatutnyer aku pergi pada hari Isnin tetapi ditangguh ke hari Jumaat. Alkisah yang sungguh mendebarkan emosi aku sendiri, kerana ini adalah 1st time aku warding kerana diri aku sendiri yang sudah sedia ada sakit. Sebelum nie aku warding adalah kerana ada satu nyawa kecil pemberian Allah untuk aku jaga hingga Nyawa itu selamat dilahirkan kedunia. Alhamdulillah aku dapat rasakan HIKMAH yang Allah beri 3 kali. Aku sungguh terAMAT bersyukur atas kurniaan Allah pada aku. 

Hari ini aku dengan langkah terpaksa gagah duduk di wheelchair yang ditolak oleh Abe (kecintaan hamba) di Emergency & Accident, National University Hospital, Singapore. Kerek la konon  terpaksa beb, doktor di clinik panel dah bagi surat cinta suh gie A&E Hospital, pada 15 July lagi. Tapi konon boleh la gie keje siapkan keje dulu baru la terkedek2 gie spital Jumaat nanti.

Haaaa... ambik ko... Selasa malam Rabu, duk kena demam kura2 shaking oll the nightmare... on the morning glory time terus berlenggang kangkung ke spital.. 

Waaaa... kena tahan ward... duk observation ward drp 1000hrs sampai la ke 1845hrs. Ward penuh takde tempat, ingatkan macam kat Johor, leh la balik. Jangan harap la... tunggu sampai Ward leh duduk kalau dak.. duk la ko kat observation ward tu sampai esok.. ada ke kes camtu?? dak la aku tahu... tp oleh kerana ward B takde yang kosong dapat la aku duk kat ward B1 yang menempatkan 2 orang sahaja dalam satu bilik... Kelass gitu ko...