Lembaran Segala Nukilan SAYA--

Wednesday 17 April 2013

Budak Tumok... Tomey....

Budak yang bila tersenyum mata akan sepet... Nama dia glamour Nur Qaseh Qaisara Binti Mohd Fetry... Glamour la sesangat.. . Aduhai anak sedara aku montel & tumok...



Konon malu2 nak senyum...


Tersengih hingga nampak giginyer



Sudah picip matanya....

Pagi sebelum pergi ke tempat keje, sibuk la dia nak tersenyum dan tersengih depan Mak Ngah... mengada2... takpe.. budak kecil memang comel.. walau bagaimana mengada2 pun dia... Mak Ngah Sayang Qaseh...


Pemimpin yang aku BANGGA.....


Cerita Tok Guru kami yang merendah diri, sentiasa hidup dalam kesederhanaan, bila melihat hanya dalam gambar, terasa dia seperti atuk aku sendiri. Tetapi siapalah aku, cuma insan biasa yang masih terikut arus dunia. Lebih Dunia drp Akhirat. Allahu Akbar....
Biar bermacam hinaan dan kejian dilemparkan terhadap beliau dia sentiasa memaafkan orang... luhur sungguh hatimu.
 



BILA TUAN GURU NIK AZIZ BERCERITA PASAL WANITA
 
Di belakang setiap lelaki tersohor, berdiri seorang insan bergelar wanita dan isteri yang menjadi tunggak kekuatan diri dan keluarga.


Bagi Datuk Nik Aziz Nik Mat, kebahagiaan itu dapat dirasakan setiap kali tidur di riba isterinya apabila letih atau kurang sihat.'Kalau saya selesema, saya kadang-kadang akan tidur atas riba isteri. Itu hiburan bagi saya.


Menangis atas riba isteri, melahirkan rasa penat saya. Alhamdulillah, saya dapat isteri yang tidak banyak mulut,' kata Datuk Nik Aziz mengenai isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak apabila ditanya apa rahsia kebahagiaan rumah tangga mereka.


Datuk Nik Aziz dan isterinya, yang mempunyai lima anak lelaki dan lima perempuan serta 56 cucu. Mereka melangsungkan perkahwinan pada 1962.

Sebagai Menteri Besar Kelantan dan Musyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), tentunya beliau mempunyai jadual yang padat.


'Saya turun rumah tiap-tiap hari pada 7.45 pagi. Kalau tubuh saya kurang sihat, saya minta tempoh lagi setengah jam daripada pemandu saya. Misalnya, pagi ini, saya turun pada 8.30 pagi,' kata Datuk Nik Aziz mengenai jadual sehariannya. Menurut beliau, isterinya tidak pernah merungut walaupun kadangkala pulang ke rumah selewat 2 pagi.


Datuk Nik Aziz pernah mengalami serangan jantung pada akhir 2004 dan sekali gus mencetuskan kebimbangan berkaitan penakatan PAS jika beliau meninggal dunia.

Sejak itu, beliau dilaporkan masuk hospital beberapa kali ekoran masalah tekanan darah tinggi dan keletihan.Namun, semasa pertemuan wartawan dengan Datuk Nik Aziz, beliau kelihatan masih cergas.


Ditanya amalannya untuk kekal sihat walaupun usianya telah menjangkau 81 tahun, Datuk Nik Aziz berkata beliau akan menjalani ujian kesihatan setiap tiga atau empat bulan.

'Ada masa, saya pergi hospital. Cuti rehat dan duduk rumah itu memang saya tidak ada. Bagi saya, cuti tiada dalam Islam. Misalnya, cuti sembahyang atau cuti puasa, mana ada dalam Islam? Kita bernafas hari-hari. Elaun saya pun jalan hari-hari. Jadi, tiada cuti bagi saya,' kata beliau.


'Saya juga ikut amalan Nabi Muhammad saw iaitu selagi tidak lapar, jangan makan. Apabila makan, jangan sampai kenyang. Nabi kita makan, daging, buah tamar, susu dan sayur-sayuran. Itu sangat digemari oleh Rasullah.

'Tetapi doktor tidak kasi saya makan daging, saya tak makan. Kalau ada lauk daging, saya curi-curi makan kuahnya adalah. Kalau doktor tahu, beliau tentu marah. Puasa sunat pula, saya mengaku saya kurang amalkan. Masalahnya, saya mudah letih. Manja je, kalau puasa Ramadan 30 hari, saya tidak ada masalah pula,' jelasnya sambil ketawa kecil.


Datuk Nik Aziz bagaimanapun akur beliau kadang-kala akan rasa letih secara mengejut.

'Puncanya kerana saya gunakan air sejuk ambil wuduk. Memang saya tidak boleh gunakan air sejuk. Kalau saya hendak mandi pun, air mandi itu akan dicampur dengan air panas.

'Kalau saya ke masjid di luar Kelantan, kalau jalan jauh, takkan saya hendak minta air panas untuk ambik air sembahyang. Saya gunakan juga air paip. Itu masalahnya. Nanti saya selesema,' katanya terus terang.


INDAHNYA BALAGHAH..


Mutiara Kata


"...... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan...."



 

Wednesday Wordless...

Gambar dari FB Johorku Sejahtera

Konon punya tittle, kalau aku dah menaip dlm blog nie... mana ada wordless... semuanyer more word... 

Harinie, on je Facebook... serata-rata Johorean gembira, almaklum la mlm tadi Johor vs Selangor, negeri kami menang. Alhamdulillah...Bangga beb pasukan tumpah darahku masuk Final. Siapa tak suka, tetapi aku taklah fanatik sangat, cukuplah setakat bangga dengan kejayaan pasukan negeri kami. Aku tak lah sampai puji terlampau. Cukup sekadar aku berbangga, sebab rasanya yang score kan goal tu, bukan anak Melayu jauh sekali anak jati Johor. Tetapi terima kasih la, sebab scorekan goal untuk kami join final game. Ko dibayar wey, guna duit kami tu... kena la wat keje... aku pun terima gaji tiap2 bulan boss minta Performance apa? Dah tu ko nak sedap2 main pastu kalah...? Apa yang ko merepek nie Labu... 

So rasanya cukup la setakat hari ini, kata 'wordless' hahaha... Cuma aku terasa sangat kerdil bila mengadap Allah... berapa banyak dosa atas kejahilan aku yang lalu. Hanyut dengan hiburan dan perkara dunia. Setelah berumur 35thn aku baru merangkak untuk menjadi Muslimah yang sempurna, tetapi masih jauh perjalanan aku ini. Adakah aku sempat sebelum, aku dijemput oleh Allah untuk soalan mungkar & nangkir nanti... Allah, Maafkanlah HambaMu yang Jahil lagi penuh dengan dosa ini...

Insya Allah.... 



 

Friday 5 April 2013

Mak jatuh...


 
Wajah kesayangan saya


Macam biasa...Abe OT... Aku tunggu di opis. Tini memberitahu melalui ruang chat diFB mak uteh bawa ke klinik sebab jatuh 3 anak tangga yg agak tinggi bg orang yg dah berumur berguling kemudian kepala terhentak di batu bim rumah. Allah je yg tahu hati aku Masa terima berita itu. Rasa macam nak terbang @ nak jadi flash women terus ada depan mata mak. Tapi apa kan daya, aku tak mampu berbuat begitu. Menunggu penuh sabar & debar hingga Abe sampai ambil aku utk pulang bersama.
Sampai rumah, Abg Hamim tgh berbual dgn mak. Sedikit lega rasa hati aku lihat mak rancak berceria itu & ini dgn Abg Hamim... Alhamdulillah walaupun agak bimbang aku masih rasa Allah memberi peringatan buat aku. Semoga tiada kejadian yg lebih teruk lagi & mak dapat tempuhi dugaan ink dgn penuh tawaduk pada Allah... Insya Allah....

Monday 1 April 2013

Fhami Anak Kak Ngut Engagement

1st nephew Abe bertunang. Pergi ke Temasik, minta tolong Amin (Cik Apor) memandu ke Pasir Ris. Kami tak lama di Pasir Ris, lepas Zohor sebagai pihak lelaki kami beramai-ramai ke rumah pihak perempuan menghantar barang2 hantaran. 
Dirumah pihak perempuan pun tak lama, sebab memang cara orang Temasik nie jenis semua nak cepat & pantas. Wakil pihak masing bercakap tak sampai la 10 minit lepas tu terus ambil2 gambar je. Tak banyak gambar dapat aku ambil sebab aku nie konon malu2 kucin kalau dalam keluarga Abe. Macam perasaan rendah diri tu berleluasa sangat. Nak snap gambar pun mcm cover2 je. Hampeh kan? Perangai nie la yang selalu Abe dok marah kat aku. Tapi nak wat camner, aku tak boleh nak control, kalau berjimba dengan keluarga dia mesti Automaticly aku jadi patung... Tak tahu kenapa? Allah je yang tahu kot...


Hantaran utk pihak perempuan

Nie je la Cucu Perempuan dalam keluarga Abe

Wakil kami sebelah Encik pakai songkok hitam tak pakai kopiah

Kopiah putih berbaju Melayu Biru tu Bapa pihak perempuan

Haaa... Duit Hantaran & Cincin dah serah kat Bapa

Nie dia orangnyer yang bakal join keluarga kami

Kak Salmah & Jaja (Adik Fhami)

Ambil gambar Address rumah bakal Wife Fhami

Kami terus balik Johor, tak singgah balik Pasir Ris. Almaklum la, orang lain yang drive tak boleh la nak berjimba ke mana-mana. Alhamdulillah... Majlis selesai dengan jayanyer. Semoga sampai jodoh akan terjalin lah Ikatan yang Halal.

Insya Allah...