Lembaran Segala Nukilan SAYA--

Friday 22 March 2013

Ragam Muhammad Nasr


Harinie, nak pergi kerja anak bertuah nie bangun je terus lepaks kat katil Ummi & Ayah dia. Harinie juga la.. 3 hari dia meragam... bila aku kiss dia nak kluar umah. Dia mengalirkan air mata. Aduhai anak... jangan la ko merawankan hati ummi mu ini. Berdegap degup jantung Ummi sepanjang perjalanan mencari rezeki. Hari Rabu dia mengalir air mata, tak nak salam tak nak kiss. Agaknya sebab merajuk tak nak ke sekolah. Hari Khamis semalam, menangis juga tapi masih boleh salam lagi tp tak nak kiss. Harinie, nak menangis tapi boleh lak ckp dengan getar nak menangis "Ummi tak yah la gie keje, jaga kita je kat umah". 
Aduhai.. anak-anak Ummi sayang... memang kalau la boleh Ummi pun nak jaga korang, hantar korang sekolah. Tapi ada sesuatu yang kalian tak mengerti, bahawa Ummi kena bekerja untuk menampung perbelanjaan kita sekeluarga. Ummi & Ayah terpaksa nak. Insya Allah jika semua dah selesai Ummi akan berhenti juga. Tapi mungkin masa tu tiba bila korang dah tak perlukan Ummi seperti sekarang. 
Hanya Allah je yang tahu hati Ummi bila berdebar2 dengan ragam kamu 3 hari ini anak bertuah Muhammad Nasr.

Insya Allah...  

Wednesday 20 March 2013

Amalkan utk diri sendiri baru....




Assalamualaikum...

Nak berdakwah untuk kebaikan orang lain, bukannya perlu kita sampaikan dulu, kemudian baru nak beramal.. Nak beramal, mestilah dengan ilmu, tidak boleh beramal hanya sekadar ikut-ikutan saja. Kena tahu, faham, tahu apa yang nak dibaca dan sebagainya...

Tetapi apa yang setiap muslim itu perlu lakukan ialah sentiasa beristighfar, menuntut ilmu, beramal soleh dan berdakwah (menyampaikan kepada orang lain).

Monday 11 March 2013

Auni Asthma Lagi


Bekerja seperti biasa, Auni & Izz juga bersekolah seperti biasa. Pagi sebelum bergerak ke tempat kerja Uda call minta tolong Abe hantarkan budak2 ke sekolah, sebab dia tak sempat sampai awal. Baru Abe nak bergerak memandu van sekolah Adi (anak Usop) sampai untuk mengambil alih tugas Uda seperti biasa ambil budak2 untuk ke Sekolah.

Kami pun bekerja macam biasa 'Monday Blue' la katakan. Petang dalam pukul 3:25pm Uteh chat ngan aku di FB. Dia cakap Auni demam. Allah... Allah... Allah... Pagi tadi tak pulak dia cakap dengan aku nak demam. Memang malam tadi dia ada batuk-batuk tapi tak pula teruk sangat batuknya. Aku cuba call Umah tapi tak boleh. Line problem, tak tahu line aku yang problem @ line telefon rumah yang problem. Aku cuma boleh chat dengan Uteh aje. Cuba call Abe sibuk dail nombor phone dia. Abe plak call ofis. Aku pun cakap la Auni demam, kalau boleh harinie kena balik cepat la. Sebab dari cerita Uteh, Auni demam nyer agak tinggi suhu badan. 

Tapi agak menghampakan bila jawapan Abe, dia tak dapat nak balik awal sebab banyak keje. Aku pun suruh Abe call Abg Awang minta belikan ubat kat klinik Homeopathy Ariffin. Anak-anak aku serasi dengan ubat dari Doktor Ariffin, biasa aku beli akan dapat sebotol ubat yang boleh mengurangkan demam, selsema & batuk. Alhamdulillah anak-anak aku serasi

Aku tunggu call dari Abe, dapat tak contact Abg Awang utk belikan ubat anak-anak. Abe call, terus suruh aku naik bas & MRT tunggu dia di MRT station Joo Koon, sebab dia dapat call umah. Diorang cakap Auni demam agak teruk. Alhamdulillah ... dapat gak dia tinggalkan kerja dia untuk balik.

Aku balik terus ke rumah kulai. Sampai rumah Kulai Auni & Nasr sedang makan dan Izz pulak mandi. Aku tengok anak dara aku lemah je makan. Lapar agaknya.. selesai Auni makan aku terus bawa dia ke Polyklinik John untuk buat rawatan. Lepas register tunggu tak lama (sbb tak ramai orang lagi) nama Auni pun dipanggil.

Jumpa Doktor Albert, chek paru-paru terus kena 'masuk gas' hahaha... semput dah datang. Aduhai anak dara aku nie. Biasa kalau semput dia mai, mesti berat badan dia bertambah, jadi nak kurangkan semput menyerang dia kena la kurangkan makan...

Insya Allah...      

Saturday 9 March 2013

Izz Naib Johan...

Hari Nie sesi persekolahan ada program 'merentas desa' semua murid tahun 1 hingga 6 terlibat. Muhammad Izz terlibat sekali dan Alhamdulillah dia dapat tempat ke-2 



Dari cerita Muhammad Izz, dia bersama rakan nama Faris sama2 berlari, tetapi dia berhenti sebab ambil duit yang tercicir oleh kerana itu la. Dia dapat pingat ini, Alhamdulillah. Ini sudah cukup membanggakan wahai Muhammad Izz, tak perlu jadi no.1 selalu, biar no.2 dahulu kemudian baru la no.1. 
 
 

Dia bercerita lagi, 

"kita kan Ummi bila cikgu suruh lari je, kita terus lari laju-laju sampai la kawan kita panggil cakap duit kita cicir. Kita pusing balik, ambik duit 10sen. Pastu lari lagi, baru sampai ... lama tau kita tunggu kawan2 lain sampai. Penat kita Mi... lambat sangat diorg sampai."

"Ya la anak oooiiii, tu kan merentas desa, bukan larian pecut 100m. Memang la orang lari-lari anak je, tak pecut macam kamu. Nanti masa sukan baru la lari mcm tu. "

"Ooo... takpe kan Ummi kita lari laju2?"

"Dah dapat pingat pun... takpe la...dalam hati Ummi, anak... anak... mcm-mcm ragam.



Tuesday 5 March 2013

Perjalanan Harian Ummi & Ayah...

Perjalanan setiap hari dari rumah ke tempat kerja. Wahai AunIzzNasr, andai satu hari nanti kalian terbaca Blog ini, hari ini Ummi tuliskan mengapa Ummi & Ayah jarang berjumpa kalian. Perjalanan Ummi & Ayah ke tempat kerja...

0530 - Ayah akan bangun dari tidur, Ayah akan bangun dulu sebab dia tahu air paip yang paling awal adalah sangat sejuk. Ketahuilah wahai AunIzzNasr, ayahmu berkorban demi Ummi dan kalian. Ummi bangkit dari tidur kejutkan AunIzz untuk bersiap ke sekolah, pastikan kalian solat subuh dsb. Memang Ummi tak sempat nak sediakan sarapan. Ummi tahu itu kekurangan yang ada pada Ummi. Siap semua bagai, lihat jarum jam hampir 0615
0620 - Ayah & Ummi bertolak dari rumah dengan menaiki motor untuk ke tempat kerja.
0700 - Ayah & Ummi baru sampai bandar Kulai.
0730 - Ayah & Ummi sampai la di R&R 2nd Link.
0740 - Ayah & Ummi akan beratur menunggu giliran di Tuas Checkpoint.
0800 - Ayah & Ummi baru lepas dari Imegresen Tuas
0805 - Ummi sampai di MRT stesyen Joo Koon, setelah hantar Ummi, Ayah pusing balik ke Tuas untuk masuk pejabat.
0815 - Ummi baru sampai Jurong East Interchange.
0830 - Dengan menaiki bas & berjalan kaki baru Ummi sampai ke Pejabat.

Ummi & Ayah bekerja hingga jam 1800, tetapi kerana tuntutan kerja yang banyak Ayah selalu terpaksa kerja lebih masa hingga santak ke pukul 2030. Ummi menunggu ayah di pejabat, hingga jam 2100 kemudian ayah baru sampai di pejabat Ummi. 0905 Ayah & Ummi bertolak drp Jurong East ke Tuas Checkpoint. Jika malam kami ambil masa hanya 1/2jam untuk lepas drp Imegresen Checkpoint. Sampai bandar Kulai kami akan singgah makan sebab seharian kami hanya makan tengahari. Selesai makan 2245 bertolak balik ke rumah kami akan sampai pada pukul 2315. Bersihkan badan & solat kami pun beradu. 

Esok pagi akan berulang lagi rutin perjalanan kami hingga lah kalian selesai menuntut ilmu Allah & ilmu dunia. Itu sudah cukup bagi Ayah & Ummi. Bagi Ayah & Ummi... AunIzzNasr adalah amanah dari Allah, untuk kami didik mengikut perintah Allah... Insya Allah....



Monday 4 March 2013

Nasr... Anakku sayang..

Semalam aku mabuk tak boleh bangun sebab makan ubat. Mata tak boleh buka telinga dengar Nasr menangis. Yang aku dapat tangkap dia cakap "Ummi... Kita sakit jatuh...  Tapi sayang Ummi tak boleh nak buka mata"
Hari Nie tengok dah jadi cam ni. Abis pinggang gebu Nasr. Lebam sudah.. Alahai anak2...bikin hati Ummi risau je.
Tapi anak lelaki kena  la lasak sikit. Nasr nangka sekejap je semalam. Lepas tengok takde reaksi daripada Ummi dia nangka tak lama. Lepas hilang sakit dia gie main balik. Alahai anak bujang ku sorang. Nak manja lebih2 Ummi tak layan. Terpaksa la layan diri. Berdikari wahai anak ku. Sebab kamu bakal memimpin nanti. Insya Allah...

Saturday 2 March 2013

Anak Saudara 1st 2013




Alhamdullilah... Biarla apapun mereka mahu kata pada kami sekeluarga. Paling Pasti Allah je yang tahu apa perasaan kami dan apa yang tertanggung dalam hati kami sekeluarga.

Ini adalah Anak saudara aku yang pertama bagi tahun 2013. Walaupun bukan daripada kalangan adik beradik aku tetapi aku cukup bersyukur Allah kurniakan seorang lagi Umat Nabi Muhammad dikalangan kami sekeluarga. Baby nie adalah anak kepada sepupu aku. 

Walau apa yang terjadi & apa yang berlaku... Hanya Allah yang tahu betapa aku gembira melihat lahirnya seorang lagi bayi yang comel & sempurna ini dikalangan ahli keluarga aku. Buat sepupuku... Tahniah dari kami sekeluarga dari kejauhan... Semoga Ibu & bayi sentiasa diRahmati Allah...

Insya Allah...