Lembaran Segala Nukilan SAYA--

Tuesday 31 December 2013

Last Day for 2013

Comel tak? Imam Cilik...

New profile for 2014 

Last Day for Masihi Kalender 2013. Kami sibuk dengan preparation for my 2 sons untuk menghafaz Al-Quran. Memang dah niat dihati nak anak ini mempelajari ilmu Akhirat. Tetapi hati ibu ini agak bimbang, walaupun tahu Allah Maha perlindung, tetapi aku tetap rasa bimbang. Bimbang anak ini tak boleh nak hadapi rindu jauh dari Ayah & Ummi diorang. 
Harinie hari untuk menghantar IzzNasr ke Sekolah Tahfiz. Nasr hatiku agak berat utk lepaskan sebab dia baru 7 tahun. Tapi aku cubalah Try & Error.
Harinie juga Izz dapat cermin mata dia, kerana baru je lepas checkup rabun kiri & kanan 50. Selepas dapat cermin mata dia lebih confident.  

Sunday 29 December 2013

Jalan-jalan with AunIzzNasr

Meriah kan... kami AunIzzNasr

Ayah & Ummi

Tahun nie, kami & AunIzzNasr takde planning nak vacation mana-mana, so sempena cuti-cuti nie aku bawa la AunIzzNasr jalan-jalan makan Johor je. Selepas kami shopping baju sekolah kat Jakel. Singgah Kenny Roger take lunch...

Monday 23 December 2013

Dating time....

Sotong...

Lemonade

Kimchi Noodle

Nasi Campur... Hahaha

Sebelum Nikah kami rasa-rasanyer kurang drp 5 kali kami keluar dating. Sekarang hari-hari kami dating bersama tanpa anak-anak, sebab... pergi & balik kerja berdua. Sebelum sampai rumah mesti dating dulu... Harinie dating kat Hong Kong Street... Alhamdulillah...

Monday 16 December 2013

Jemput Ayah di Airport

Baby Ayah Ngantuk

Harinie Ayah balik drp Penang. Flight ayah departure pkl 10:30pm. Setelah sampai Senai Airport pkl 10:45pm rupa2nyer Flight ayah dia delay 1/2jam. Jenuh lah menunggu sampai hampir 11:45pm. Nak ajak AunIzzNasr makan dulu, dah janji ngan ayah diorng nak makan sama. So, si baby ayah nie terpaksalah nunggu. 
Lastly sampai kedai makan tido kat meja... Bangun tido melalak nak roti canai, padahal masa ditanya di tengah mamai dia ckp nak mee goreng, bila mee goreng sampai melalak tak nak, bila ditanya tak jawab.. serah roti canai baru diam... aduyai baby ayah nie...

Sunday 15 December 2013

Ziarah Cik Jai @ Atok Jai

Budak-budak bwh 12 tahun

Macam Ragam la nunggu Mak Tuk


Harini selepas hantar Abe ke Senai airport kami ambil kesempatan pergi ziarah Cik Jai yg dah hampir berbulan menerima rawatan di HSA. Sekarang Cik Jai dah tak boleh terima dialisi lagi utk rawatan buah pinggangnya. Baru je menjalani pembedahan untuk guna air utk memudahkan proses dlm badan. Oleh kerana sakit diabetes yg lama kemudian datang pula dugaan baru buah pinggang rosak. Kalau dalam ingatan aku, tahap ini memang kira tahap yg agak serius buah pinggang gagal berfungsi dengan baik. 
Aku pergi dengan Mak & AunIzzNasr. Sementara aku & mak ziarah Cik Jai diatas. AunIzzNasr bertiga kat bawah aku tinggalkan suh duk kat playground. Dengan pesanan yg pelbagai...
Aku kat atas cuma 10 minit jer. Aku biarkan mak berbual lebih lama. Aku perlu jengah buah hati aku yg bertiga tu kat bawah, bimbang perkara yg tidak diingin berlaku. 
Alhamdulillah, mereka masih di playground, aku ajak berteduh dibawah bangunan sebab melihat cuaca bagai nak hujan. Tak sampai 5 minit hujan lebat membasahi bumi. 
Kira-kira hampir 1 jam gak kami anak beranak menunggu mak berbual dengan Cik Jai. 
Sebelum balik singgah surau kami jamak Zohor & Asar. Kemudian kami balik.