Lembaran Segala Nukilan SAYA--

Sunday 16 February 2014

Kembali Ke Rahmatullah



Lebih kurang pukul 5:00am perginyer tak kembali Mak Cik kami Cik Jai isteri kepada Cik Apor. Setelah bertahun-tahun menderita sakit Diabetes kesudahan buah pinggang gagal berfungsi dengan sempurna Cik Jai di jemput Ilahi pada hari ini meninggalkan 5 cahayamata, 2 Lelaki & 3 Perempuan.

Amin, Asrul, Aini, Nina & Intan anak-anak Cik Jai bersama Cik Apor. Amin & Asrol sudah mendirikan rumahtangga sementara Aini (bekerja), Nina & Intan masih bersekolah. 

Semoga Cik Jai ditempatkan dikalangan Kekasih Allah... Al-Fatihah...

Sunday 2 February 2014

Majlis Sambut Menantu...02022014

Pengantin wif Mak Bapa Perempuan

Keluarga Nurbayah

Nurbaya Siblings

Pengantin Wif Mak Ayah Lelaki

Fahmi Siblings

Pengantin Lama nak interfrem gak

Selesai sudah majlis sambut menantu dipihak keluarga kami buat adik kami yang last sekali menamatkan zaman bujangnya. 

Dengan jemputan hanya 200 orang Alhamdulillah... Majlis berjalan lancar dengan hidangan kami tiada kurang juga tiada lebih hingga membazir...

Dengan hanya dimasak oleh sepupu, makcik & kami adik beradik kecuali aku yang kurang upaya berewang

Alhamdulillah, adik beradik mak semua hadir kecuali Pak Uda yang jauh di Yaman tetapi anak-anak mewakili mereka.

Adik beradik Ayah hanya Pak Itam sahaja yang tak dapat hadir disebabkan kesihatan tidak memuaskan tetapi dapat mewakili anak-anak nya.

Semua lauk pauk jamuan di masak oleh Sepupu kami Kak Som, Mak Mok, Seha, Along & sedara-mara juga tolong beramai-ramai. Hidangan Asam Pedas ayam kampung, Opor Nangka, Ikan goreng, Ikan Kering, Timun & Tomato (ulam), Sambal belacan, pencuci mulut bubur manis 

Lauk pauk makan beradap pengantin pula keluarga mentua Papit yang menguruskannya

Saturday 1 February 2014

Rewang Day.....01022014

Rewang Menyayur Nangka

Rewang Basuh Ayam

Malam - Doa Selamat & Selawat ke atas Rasulullah

Doa Selamat & Berselawat

Dinner Time

Orang Dapur


Harinie rumah kami rewang petang persiapan untuk Majlis Doa Selamat menyambut menantu esok hari. Rewang antara keluarga sahaja dengan jemputan tak sampai 500 org kami buat majlis kecil-kecilan sahaja. 
Malam pula kami buat Majlis Doa Selamat serta Selawat sekali...

Majlis Bersanding 010214

Mohd Fahmi & Norbayah

Atuk @ Nyang wif Pengantin

Sayong Family yang hadir

Sayong Family wif Mak Bapa Pengantin


Majlis bersanding aku tak dapat ikut serta, sebab aku tak boleh bangun. Bangun pagi nak buang air pun aku jalan dengan penuh tatatertib dengan kata lain, bila berjalan pandangan aku juga berjalan mengikut gerakan aku.
Aku kurang sihat kemungkinan besar aku alah dengan cuaca panas terik yang menyebabkan aku sukar untuk  bernafas dengan lancar. Aku hanya banyak berbaring dalam bilik sahaja. Rewang didapur pun aku tak dapat nak menolong