Lembaran Segala Nukilan SAYA--

Sunday 19 January 2014

1/2 Bulan berlalu...

Iqbal wif Nasi Goreng Tomyam

Izz wif Nasi Goreng Ayam

Nasr waiting for Mee Goreng

Alhamdulillah sudah 1/2 bulan Naqib, Iqbal, Izz & Nasr di sekolah Tahfiz. Missed them so much, ambil bawa kluar makan sekejap...
Sebelum, pergi keluar ke kedai makan, Abe cakap ustaz muda tu asyik cakap Nasr susah nak diajar. Aku terfikir dalam hati, kenapa sampai Ustaz tu boleh kluar kata-kata begitu. Cuba sedaya upaya thinks positif, tak mahu thinks negatif.
Semasa makan aku bertanya, pada anak-anak mereka senang bercerita, tetapi daripada cerita mereka aku makin tak sedap hati...

Naqib - Ustaz muda tu di rotan sampai berbilai badan kepala juga di rotan, sebab susah untuk menyebut bunyi dalam Iqra'

Izz - Ustaz bergurau, guna ketip kuku di telinga hingga berdarah, kejut bangun dari tidur simbah air sampai basah tilam, esok kena jemur tilamnyer. 

Nasr - Ustaz rotan sebab tak guna sebutan yg betul dalam Iqra'

Macam nie ke cara dalam Islam mengajar? Setahu aku, masa pendaftaran Ustaz Hassan terangkan penggunaan rotan hanya untuk menakutkan budak, bukan rotan di badan apatah lagi dikepala? Aku memang tak boleh terima cara Ustaz muda nie. Aku suruh Abe, ambik Izz & Nasr balik.... Naqib & Iqbal aku tinggalkan dulu sebab balik nanti baru aku suruh mak bapak diorang datang ambil.

No comments:

Post a Comment